2005/11/06
002. Karangan Berbentuk Naratif
Ciri-Ciri Karangan Berbentuk Cerita/
- Plot yang dirancang dan disusun rapi
- Plot menarik, unik dan asli/original, mengekalkan minat pembaca
- Pengenalan watak-watak utama secara teratur; tidak mendadak dan tidak mengelirukan
- Jalan cerita tidak mendatar, mengandungi saspens, konflik atau klimaks yang tidak membosankan
- Jalan cerita diakhiri dengan suatu penyelesaian yang menarik dan munasabah
- Cerita tidak diakhiri dengan mengatakan bahawa watak utamanya hanya bermimpi
Kelemahan-Kelemahan Bahasa Yang Perlu Dielakkan
- Penggunaan tanda baca yang salah, lebih-lebih lagi ketika menggunakan dialog dalam karangan
- Penggunaan bahasa lisan yang keterlaluan dan tidak sesuai (biarpun dalam bentuk dialog atau tukilan)
- Penggunaan bahasa yang berbunga-bunga untuk menerangkan keadaan sekeliling yang tidak terkawal sehingga hilang tumpuan terhadap isi yang seharusnya diberikan penekanan.
- Teknik pemerengganan yang lemah dan kurang tepat
Teknik Pemerengganan Yang Betul
- Peralihan dari satu isi kepada satu isi yang baru
- Perubahan kepada situasi yang dibincangkan
- Perubahan kepada pendekatan (baik ‘lawan’ buruk)
- Dialog antara dua atau lebih orang – setiap dialog yang berbeza penuturnya dimulakan dengan perenggan yang baru