2006/02/04

015. Siti Farhana Md Ali: GCE O 2001

Fitri duduk termenung memerhatikan sebuah keluarga yang kelihatan begitu riang berkelah di tepi pantai. Dia teringat kembali saat-saat bahagia yang dilalui bersama keluarganya. Kini, dia hanya merindukan kasih sayang keluarganya yang tercinta.

Kehidupnya berubah setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Semenjak peristiwa itu, dia tinggal serumah bersama neneknya yang sudah uzur. Walaupun baru berumur lima belas tahun , dia terpaksa bekerja separuh masa di restoran tempatan untuk menampung perbelanjaan rumah dan yuran sekolahnya.

“Fitri, jagalah dirimu dengan baik dan jangan berputus asa dengan apa sahaja yang kamu lakukan. Jadilah seorang yang bertanggungjawab dan lebih matang apabila kamu dewasa nanti.” Itulah kata-kata yang disampaikan oleh neneknya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Kehidupan Fitri semakin susah setelah pemergian neneknya kerana tiada seorang pun saudara-maranya yang mahu membantunya. Mereka memberi alasan bahawa mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing dan takut tidak mempunyai masa untuk bersama dengannya. Fitri berasa tertekan dan terlalu sedih sehinggakan dia terpaksa berhenti sekolah. Pada masa itu, Fitri hanya berbekalkan ijazah peperiksaan peringkat ‘O’ dan tidak mempunyai sebarang wang.

Fitri berasa terbiar dan tidak tahu di mana harus dia berteduh. Fitri terpaksa tabah apabila dihantar ke rumah kebajikan anak-anak yatim oleh pihak sekolahnya. Fitri sedar dia tidak mempunyai sesiapa lagi selain rakan-rakan dan kaunselor. Di sana, Fitri bagaikan memulakan kehidupan yang baru. Dia diberikan peluang untuk belajar semula dan akhirnya Fitri dapat meneruskan pelajarannya ke Universiti Nasional Singapura.

Fitri tidak lagi tinggal di rumah kebajikan kerana sudah boleh menampung diri sendri. Dia kini tinggal bersendirian di sebuah rumah flat yang dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar keluarga yang membawa semula memori-memori lama. Apabila masa lapangnya, dia sering meluangkan masanya bersama anak-anak yatim di rumah kebajikan kerana di situlah dia belajar berdikari dan menjadi seorang yang matang. Dia juga sering menceritakan kisah silamnya yang susah kepada anak-anak yatim itu supaya mereka dapat mempelajari sesuatu yang berguna.

Hari yang sudah senja yang menandakan azan Maghrib akan tiba telah mengejutkan Fitri dari lamunan kisah-kisah lamanya. Fitri tersenyum sinis serta bersyukur kerana dapat membina sendiri kehidupannya yang lebih baik dan sempurna walaupun terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri pada mulanya.

(351 perkataan)


Comments:
Cerita yang menarik tetapi klimaksnya kurang jelas.

Mungkin klimaksnya boleh mengenai bagaimana Fitri diusir keluar dari rumah salah seorang saudara mara yang tidak mahu menjaganya. Ini akan membuat plot cerita anda lebih dramatik lagi.

Walau bagaimanapun,penyelesaiannya cukup baik dan memberikan perangsang kepada mereka yang mengalami keadaan yang serupa.

33/50
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?