2005/11/08
004. Soalan Karangan Naratif/ Cerita
Anda dikehendaki menulis karangan yang tidak melebihi 350 patah perkataan. Ianya harus ditaip menggunakan font Arial dan saiz 12. Karangan-karangan anda harus dihantar melalui e-mel sebelum 20 Disember 2005.
- (1998 GCE Peringkat O)
- Suatu kesilapan yang telah kamu lakukan dan pelajaran yang kamu perolehi daraipada kejadian tersebut. [Siti Zinnirah], [Omar Taufik]
- (1999 GCE Peringkat O)
- Satu peristiwa yang menyebabkan kamu berasa tertekan. Terangkan bagaimana peristiwa itu menjejas kamu dan bagaimana kamu mengatasinya. [Iffa Iryani], [Hisham]
- (2003 GCE Peringkat N)
- Selesaikan cerita yang berikut: "Saya tidak suka akan orang yang bercakap bohong. Saya sendiri tidak pernah berbohong. Tetapi pada hari Sabtu yang lalu, saya telah berbohong kepada ibu." ... [Hafiz], [Rosdahliana]
- (2001 GCE Peringkat O)
- Buat pertama kalinya, kamu akan meninggalkan keluarga kamu untuk melanjutkan pelajaran di luar negeri. Terangkan bagaimana perasaan kamu. [Sharifah Maryam], [Shazni]
- (2002 GCE Peringkat N)
- Selesaikan cerita yang berikut: "Cikgu Salha pernah memberitahu aku dan kawan-kawanku, "Kamu semua harus bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diingini dalam hidup." Pada masa itu, aku tidak percaya akan kata-katanya. Walau bagaimanapun, suatu peristiwa telah mengubah fikiranku." ... [Irma], [Hafiz]
- (1998 GCE Peringkat O)
- Kamu telah diminta mewakili ibu dan bapa kamu menghadiri suatu majlis. Setibanya kamu di majlis tersebut, kamu dapati tiada seorang tetamu pun yang kamu kenali. Ceritakan pengalaman kamu itu. [Nurfarahin], [Aqilah]
- (1998 GCE Peringkat O)
- Selesaikan cerita berikut: “Berita yang aku terima itu sungguh tidak aku duga. Aku lantas memberitahu kawanku...” [Nur Amalina], [Jalilah]
- (1999 GCE Peringkat O)
- Satu kejadian yang berlaku semasa saya kecil yang telah mengubah hidup saya. [Nur Amirah], [Dayana]
- (2001 GCE Peringkat N)
- Selesaikan cerita berikut: Jam tangan saya menunjukkan pukul 11.30 malam. Hampir sejam lamanya saya menunggu teksi. Akhirnya, saya mengambil keputusan menaiki kereta api MRT sahaja. Saya terus bergegas menuju ke sebuah stesen MRT yang berhampiran. Setibanya di situ, alangkah terperanjatnya saya apabila..." . [Nur Hanisah], [Iffa Iryani]
- (2004 GCE Peringkat O)
- Tulis sebuah cerita yang bermula dengan: "Dompet itu aku buka. Terpapar sekeping gambar hitam putih. Sebuah keluarga kelihatan begitu mesra bersama. Aku ..." . [Adilah], [Siti Zinnirah]
- (2000 GCE Peringkat N)
- Sudahkan cerita berikut: "Saya pun segera memutarkan kepala paip selepasmandi petang itu. Tetapi, kepala paip itu tiba-tiba jatuh ke lantai dan air melimpah dan lantai mula dinaiki air. Saya cuba memasang balik kepala paip itu tetapi sia-sia belaka ...". [Nur Aqilah], [Sharifah Maryam]
- (2000 GCE Peringkat O)
- Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan: “…….Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk wanita tua yang berdiri di hadapannya itu. Inilah orang yang dicari-carinya selama ini. Sudah terbayang olehnya bagaimana untuk membalas budi wanita tersebut. [Rosdahliana], [Irma]
- (2001 GCE Peringkat O Nov)
- Tuliskan sebuah cerita yang bermula dengan: “Fitri duduk termenung memerhatikan sebuah keluarga yang kelihatan begitu riang berkelah di tepi pantai. Dia teringat kembali saat-saat bahagia yang dilalui bersama keluarganya. Kini….” [Siti Farhana], [Amalina]
- (2002 GCE Peringkat O Nov)
- Orang yang sangat saya sayangi. [Farahin]
- (1999 GCE Peringkat N)
- Selesaikan cerita berikut: "Aku telah tiba di tempat yang diarahkan oleh suara di telefon tadi. Perhentian bas itu agak terpencil dan tidak ramai orang yang lalu-lalang di situ. Kemudian, aku terdengar satu letupan...". [Omar Taufik], [Adilah]
- (1998 GCE Peringkat O Nov)
- Satu kegiatan luar anjuran sekolah yang tidak dapat kamu lupakan. [Jalilah], [Amirah]
- (1998 GCE Peringkat O)
- Selesaikan cerita berikut: “Nun jauh di tepi bangunan sekolah, Roslan duduk sendirian. Tragedi yang menimpa keluarganya telah mengubah sikapnya. Aku tahu dia perlukan bantuan…” [Nurdayana], [Siti Farhana]
- (2002 GCE Peringkat O)
- Sebuah filem yang tidak dapat saya lupakan. [Shazni]
- (2002 GCE Peringkat O)
- Tuliskan sebuah cerita yang bermula dengan: “Kehadiran Amira pada saat aku betul-betul memerlukan bantuan tidak akan aku lupakan. Aku berasa malu dan menyesal kerana membencinya selama ini……” [Hisham], [Hanisah]
2005/11/07
003. Kesilapan-Kesilapan Bahasa Yang Umum
Kesilapan Bahasa Umum Yang Perlu Dielakkan
- Penggunaan dua kata hubung :-
- “Kita tahu yang bahawa Kamal telah…”
- Penggunaan kata ganti yang tidak sesuai :-
- menggunakan ‘dia’ untuk “ayah atau ibu atau orang-orang yang lebih tua atau berpangkat”.
- menggunakan ‘saya’ dan ‘aku’ secara tidak konsisten.
- Penggunaan tanda baca :-
- noktah, koma, …
- Penggunaan frasa-frasa yang diulang-ulang :-
- “Di dalam surat ini, saya akan menerangkannya seberapa yang mampu dalam lembaran ini.”
- Penggunaan kata ganda/ majmuk yang tidak sesuai :-
- ramai pelajar-pelajar, para-para remaja, rakyat-rakyat, semua orang-orang,
- Penggunaan ‘ku’ yang sewenang-wenangnya :-
- “… Ku mula tidak menghadiri sekolah kerana tiada minat lagi. Setiap hari ku keluar memberitahu ibuku pergi belajar dengan sahabatku tetapi sebaliknya ku ke taman bersama kawan-kawanku yang lain….”
- Penterjemahan langsung dari bahasa Inggeris :-
- “…hendak membuat dagu orang terjatuh melihat mereka memakai barang berjenama dari hujung rambut ke hujung kaki”
- “ … saya tidak boleh percaya telinga saya…”
- “… apabila saya melihat surat beranak tersebut, dua biji mata saya hampir-hampir terkeluar…”
- “… aku terjatuh lalu seorang tua memberikan tangannya…”
- Penggunaan perkataan/ atau bentuk perkataan yang tidak sesuai :-
- “… lama-lama kemudian kata-kata ibu tidak memperketatkan perangai saya…”
- “… seorang jurutera mesti ada siswazah, bukan?”
- “… kawan saya telah membaca gambar yang diambil semasa cuti sekolah…”
- “… ibuku mencicirkan airmata sehari semalam …”
- “… aku meneran cuba mengingat di mana aku pernah …”
- “… aku berjumpa dengan surat khabar yang dibuang orang…”
- “… guru-guru juga harus ikut sama dan membawa buah-buah mereka ke sekolah. Beberapa minit sebelum waktu rehat, para pelajar akan diberi peluang untuk menukar buah-buah mereka bersama rakan-rakan mereka…"
Perkara-Perkara Yang Membezakan Mutu Karangan Pelajar
- Penguasaan kosa kata pelajar
- Penggunaan perkataan-perkataan sesuai yang tidak lazim digunakan
- Penggunaan simpulan bahasa serta peribahasa yang sesuai dan tepat
- Penggunaan ayat-ayat yang pelbagai seperti ayat-ayat majmuk yang diselang-selikan dengan ayat-ayat tunggal, menggunakan simpulan bahasa atau peribahasa yang sesuai dan perkataan-perkataan yang tepat dan dapat menyampaikan makna dengan khusus dan jelas.
2005/11/06
002. Karangan Berbentuk Naratif
Ciri-Ciri Karangan Berbentuk Cerita/
- Plot yang dirancang dan disusun rapi
- Plot menarik, unik dan asli/original, mengekalkan minat pembaca
- Pengenalan watak-watak utama secara teratur; tidak mendadak dan tidak mengelirukan
- Jalan cerita tidak mendatar, mengandungi saspens, konflik atau klimaks yang tidak membosankan
- Jalan cerita diakhiri dengan suatu penyelesaian yang menarik dan munasabah
- Cerita tidak diakhiri dengan mengatakan bahawa watak utamanya hanya bermimpi
Kelemahan-Kelemahan Bahasa Yang Perlu Dielakkan
- Penggunaan tanda baca yang salah, lebih-lebih lagi ketika menggunakan dialog dalam karangan
- Penggunaan bahasa lisan yang keterlaluan dan tidak sesuai (biarpun dalam bentuk dialog atau tukilan)
- Penggunaan bahasa yang berbunga-bunga untuk menerangkan keadaan sekeliling yang tidak terkawal sehingga hilang tumpuan terhadap isi yang seharusnya diberikan penekanan.
- Teknik pemerengganan yang lemah dan kurang tepat
Teknik Pemerengganan Yang Betul
- Peralihan dari satu isi kepada satu isi yang baru
- Perubahan kepada situasi yang dibincangkan
- Perubahan kepada pendekatan (baik ‘lawan’ buruk)
- Dialog antara dua atau lebih orang – setiap dialog yang berbeza penuturnya dimulakan dengan perenggan yang baru
001. Panduan Tugasan Cuti Sekolah
Pelajar yang budiman,
Seperti yang telah disampaikan sebelum cuti sekolah, anda dikehendaki menghantar karangan-karangan kamu melalui e-mel sebelum 20 Disember 2005. Karangan-karangan anda itu harus ditaip menggunakan font Arial dan bersaiz 12.
Sila tinggalkan pesanan untuk cikgu di ruang pendapat selepas sahaja membaca tugasan cuti sekolah ini. Dengan cara ini, cikgu akan dapat mengetahui siapa yang sudah melungsuri lelaman ini. Jangan lupa juga untuk mengingatkan rakan-rakan lain supaya menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Sebelum memulakan tugasan yang diberikan, bacalah panduan yang diberikan. Cikgu berharap panduan berikut dapat membantu anda menghasilkan karya-karya yang baik nanti. Panduan ini saya petik dan ubah suai daripada panduan yang disediakan oleh Cikgu Abdul Harris Bin Sumardi, Ketua Jabatan Bahasa Ibunda dari Sekolah Menengah Chua Chu Kang.
Selamat mencuba!